Sunday 28 October 2012

Sentuhan Kasih Sayang Pemuda & Puteri UMNO Putrajaya




Walaupun telah menjangkau usia 66 tahun, Namun terus tetap berbakti kepada rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan parti golongan yang dibantu. 


Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya meneruskan tradisi membantu orang kelainan upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen tersebut. 

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini diadakan di Parkson Alamanda, Putrajaya. Wakil rakyat Parlimen Putrajaya, YAM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa membeli- belah bersama-sama mereka. 

Semasa program tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang diraikan. Turut bersama dalam program ini, Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki Zahid serta Ketua Puteri, Saudari Husna Abd Rahman dan Exco-exco Sayap Parti. 

Alhamdulillah, usaha murni ini perlu dikekalkan dan diteruskan sepanjang masa tanpa mengira waktu dan musim tertentu. 

Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang mulia ini. 


PS: Blog ini bukan blog politik. Cuma menyampaikan apa2 pandangan yang bersesuaian dengan jiwa saya terutama berkaitan komuniti dan kasih sayang sesama insan, tidak kira apa pegangan politik kita. 

SEMOGA MALAYSIA AMAN TANPA SENGKETA...

Thursday 25 October 2012

Kecantikan dan Wanita


Khasiat Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa inginkan bentuk badan yang cantik menawan atau yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat, malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

1.Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) 
pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan 
tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Sumber artikel dan gambar:

http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/742-istimewanya-epal-hijau.html

komen dariku : Hem... Mmg berkesan la... Saya dah cuba pun. memang saya sering mengalami masalah sembelit yang kritikal dulu, tp setelah mengamalkan makan sebiji apple setiap hari, masalah sembelit saya berkurangan. n kalau boring, anda boleh selang-selikan dengan buah-buahan lain spt Limau Oren, Apple merah, betik, Plum, Prune n lebihkan makan bijirin spt oat. Minum byk air. hehehe... itu pengalaman saya - Zalila

Monday 15 October 2012

Jom sertai ChurpChurp




Apa itu ChurpChurp. Ia adalah sejenis iklan juga seperti nuffnang, tapi yang ini cepat sikit dapat duit,

tak percaya? Jom kita pakat pakat cuba sertai ChurpChurp
yang belom ada akaun churp churp sila la DAFTAR di link di bawah:
Apabila sudah daftar, klik IKLAN IKLAN yang ada di Churp Churp, kemudian SHARE kan dekat FACEBOOK , BLOG atau TWITTER

CARA - cara  pasang IKLAN Churp churp di BLOG

1.Design > Layout
2.Add a Gadget(Posisi mengikut kehendak sendiri)
3.Copy dan pastekan script di bawah ke dalam content
<center>
<a href="LINK CHURP 1" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 1" width="90" height="90" /></a>

<a href="LINK CHURP 2" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 2" width="90" height="90" /></a>

<a href="LINK CHURP 3" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 3" width="90" height="90" /></a>
</center>


untuk dapat kan LINK CHURP

klik pada KEEP SHARING tersebut



 dan klik pada CLICK TO COPY
dia automatik copy 
dan korang gantikan dengan LINK CHURP 1

untuk dapat kan URL GAMBAR CHURP CHURP


klik pada gambar tersebut, klik kanan tetikus 
lepas itu select COPY IMAGE URL
dan korang gantikan dalam 
URL GAMBAR CHURP-CHURP 1


**SEKIAN, TERIMA KASIH**

Doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah



Seperti yang termaktub dalam Al Qur'an, Nabi Yusuf adalah nabi yang tercantik dan menjadi gilaan bagi setiap wanita.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya kelihatan cantik dan berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan 
doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.



kopipes

Sunday 14 October 2012

Teknik Terkini Menambah Trafik Ke Web Atau Blog Anda

Di petik dr JustKhai.com

APA ITU WIDGETS. 

Widgets adalah satu alat yang di pasang pada web atau blog. MyBlogLog adalah contoh mudah yang digunakan untuk menarik pelawat ke blog atau web anda. Kini, MyBlogLog telah menjadi satu barang yang sedang hangat di gunakan di seluruh dunia. Boleh di katakan melebihi separuh daripada bilangan blog di Malaysia yang sering saya lawati, menggunakan MyBlogLog. Apakah itu MyBlogLog? 

MyBlogLog merupakan satu laman web yang mampu mewujudkan satu komuniti yang cukup besar. Laman web ini secara umumnya lebih tertumpu kepada para blogger dan ia mampu di jadikan sebagai salah satu ‘tools’ bagi anda melakukan viral marketing.Oleh kerana MyBlogLog masih baru di tubuhkan, widgets yang di sediakan masih belum cukup banyak. Namun begitu, mereka sedang menambahnya dari semasa ke semasa. Salah satu tools yang sering digunakan ialah tools untuk kita mengetahui pembaca terkini ataupun di panggil sebagai ‘Recent Readers‘. 

Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog ataupun laman web yang anda ada untuk mengenali anda dengan lebih dekat. 


Sebagai permulaan, saya telah cuba melawat 5 buah blog yang terdapat tool tersebut dan saya berjaya menarik pelawat-pelawat yang ada pada blog-blog tersebut, menjadi sebahagian daripada pelawat di dalam blog saya. Tool tersebut memang cukup hebat dan anda patut mencubanya. Jika mahu mendaftar, anda boleh melawat komuniti saya di bawah. Sila copy artikel ini dan masuk ke web atau blog anda. Selamat mencuba.
Sila daftar segera. Minda orang muda - MyBlogLog

Dipetik dari Forum Wang Cyber

 

Monday 27 August 2012

Program Mengecapi Aspirasi Diri - MyKasih



Program Mengecapi Aspirasi Diri (MAD) anjuran Yayasan Mykasih, adalah program yang sangat mengujakan. Setiap detik di dalam program ini begitu menggembirakan. 3 bulan kami bersama-sama begitu sekejap di rasakan.
Dalam program ini kami bukan saja di ajar untuk menjana pendapatan lumayan, malah kami di ajar supaya sentiasa menjaga keterampilan diri, cara bercakap, berdiri, berjalan, duduk yang betul dan berani tampil di khalayak ramai dan sentiasa berfikiran positif walau dalam apa keadaaan pun. Saya percaya ramai yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, tetapi tidak berani untuk tampil ke depan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Nilai-nilai rohani juga di titik beratkan walaupun semua peserta terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Kami sering menghormati di antara satu sama lain walau berbeza budaya dan agama.

Setelah mengikuti Program Mengecapi Aspirasi Diri (MAD), saya sentiasa ceria dan merasa lebih bersemangat untuk terus berjaya. Kini saya telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tiada lagi fikiran-fikiran negatif yang melingkari hidup saya. Apa yang saya tau, saya ingin berjaya dan saya boleh berjaya. Dengan kejayaan saya, saya boleh membahagiakan keluarga saya dan juga boleh menolong masyarakat setempat untuk berjaya dan bahagia.


Alhamdulillah, pada 30 may 2012 iaitu sebulan selepas mula mengikuti program Mengecapi Aspirasi Diri, saya telah berjaya mengeluarkan produk saya sendiri iaitu Acar Buah Sentuhan Kasih. Acar buah yang dilahirkan hasil kasih sayang.
Pelik bukan??? Dari bidang komputer saya  melangkah ke satu bidang yang lain. Ini bukan bermakna saya meninggalkan bidang komputer, Cuma saya berminat untuk memperbagaikan produk saya, yang tetap berterapkan nilai kasih sayang. Mungkin satu masa nanti saya akan menambahkan lagi produk saya dan dalam waktu yang sama, nilai kasih sayang tak akan saya lupakan...

Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada Jurulatih Mykasih  Pn Sharmini , Mrs Ong , Miss Ana Cheong , Pn Jasindah serta kawan-kawan peserta yang banyak membantu saya selama ini.

“Apalah gunanya saya berjaya dan bahagia jika orang2 di sekeliling saya tidak berjaya dan bahagia”


KEJAYAAN  DAN  KEBAHAGIAN  ANDA   ADALAH  KEJAYAAN   DAN  KEBAHAGIAAN  SAYA” 

Lain-lain Gambar :