Monday 27 August 2012

Program Mengecapi Aspirasi Diri - MyKasih



Program Mengecapi Aspirasi Diri (MAD) anjuran Yayasan Mykasih, adalah program yang sangat mengujakan. Setiap detik di dalam program ini begitu menggembirakan. 3 bulan kami bersama-sama begitu sekejap di rasakan.
Dalam program ini kami bukan saja di ajar untuk menjana pendapatan lumayan, malah kami di ajar supaya sentiasa menjaga keterampilan diri, cara bercakap, berdiri, berjalan, duduk yang betul dan berani tampil di khalayak ramai dan sentiasa berfikiran positif walau dalam apa keadaaan pun. Saya percaya ramai yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, tetapi tidak berani untuk tampil ke depan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Nilai-nilai rohani juga di titik beratkan walaupun semua peserta terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Kami sering menghormati di antara satu sama lain walau berbeza budaya dan agama.

Setelah mengikuti Program Mengecapi Aspirasi Diri (MAD), saya sentiasa ceria dan merasa lebih bersemangat untuk terus berjaya. Kini saya telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tiada lagi fikiran-fikiran negatif yang melingkari hidup saya. Apa yang saya tau, saya ingin berjaya dan saya boleh berjaya. Dengan kejayaan saya, saya boleh membahagiakan keluarga saya dan juga boleh menolong masyarakat setempat untuk berjaya dan bahagia.


Alhamdulillah, pada 30 may 2012 iaitu sebulan selepas mula mengikuti program Mengecapi Aspirasi Diri, saya telah berjaya mengeluarkan produk saya sendiri iaitu Acar Buah Sentuhan Kasih. Acar buah yang dilahirkan hasil kasih sayang.
Pelik bukan??? Dari bidang komputer saya  melangkah ke satu bidang yang lain. Ini bukan bermakna saya meninggalkan bidang komputer, Cuma saya berminat untuk memperbagaikan produk saya, yang tetap berterapkan nilai kasih sayang. Mungkin satu masa nanti saya akan menambahkan lagi produk saya dan dalam waktu yang sama, nilai kasih sayang tak akan saya lupakan...

Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada Jurulatih Mykasih  Pn Sharmini , Mrs Ong , Miss Ana Cheong , Pn Jasindah serta kawan-kawan peserta yang banyak membantu saya selama ini.

“Apalah gunanya saya berjaya dan bahagia jika orang2 di sekeliling saya tidak berjaya dan bahagia”


KEJAYAAN  DAN  KEBAHAGIAN  ANDA   ADALAH  KEJAYAAN   DAN  KEBAHAGIAAN  SAYA” 

Lain-lain Gambar :