Sunday 14 October 2012

Teknik Terkini Menambah Trafik Ke Web Atau Blog Anda

Di petik dr JustKhai.com

APA ITU WIDGETS. 

Widgets adalah satu alat yang di pasang pada web atau blog. MyBlogLog adalah contoh mudah yang digunakan untuk menarik pelawat ke blog atau web anda. Kini, MyBlogLog telah menjadi satu barang yang sedang hangat di gunakan di seluruh dunia. Boleh di katakan melebihi separuh daripada bilangan blog di Malaysia yang sering saya lawati, menggunakan MyBlogLog. Apakah itu MyBlogLog? 

MyBlogLog merupakan satu laman web yang mampu mewujudkan satu komuniti yang cukup besar. Laman web ini secara umumnya lebih tertumpu kepada para blogger dan ia mampu di jadikan sebagai salah satu ‘tools’ bagi anda melakukan viral marketing.Oleh kerana MyBlogLog masih baru di tubuhkan, widgets yang di sediakan masih belum cukup banyak. Namun begitu, mereka sedang menambahnya dari semasa ke semasa. Salah satu tools yang sering digunakan ialah tools untuk kita mengetahui pembaca terkini ataupun di panggil sebagai ‘Recent Readers‘. 

Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog ataupun laman web yang anda ada untuk mengenali anda dengan lebih dekat. 


Sebagai permulaan, saya telah cuba melawat 5 buah blog yang terdapat tool tersebut dan saya berjaya menarik pelawat-pelawat yang ada pada blog-blog tersebut, menjadi sebahagian daripada pelawat di dalam blog saya. Tool tersebut memang cukup hebat dan anda patut mencubanya. Jika mahu mendaftar, anda boleh melawat komuniti saya di bawah. Sila copy artikel ini dan masuk ke web atau blog anda. Selamat mencuba.
Sila daftar segera. Minda orang muda - MyBlogLog

Dipetik dari Forum Wang Cyber

 

No comments:

Post a Comment