Walaupun telah menjangkau usia 66 tahun, Namun terus tetap berbakti kepada rakyat Malaysia tanpa
mengira pegangan parti golongan yang dibantu.
Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya meneruskan tradisi
membantu orang kelainan upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga
kurang berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen tersebut.
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini diadakan di Parkson
Alamanda, Putrajaya. Wakil rakyat Parlimen Putrajaya, YAM Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa membeli- belah bersama-sama mereka.
Semasa program tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan menyampaikan duit raya kepada
kanak-kanak yang diraikan. Turut bersama dalam program ini, Ketua Pemuda Datuk
Ahmad Zaki Zahid serta Ketua Puteri, Saudari Husna Abd Rahman dan Exco-exco
Sayap Parti.
Alhamdulillah, usaha murni ini perlu dikekalkan dan diteruskan sepanjang masa
tanpa mengira waktu dan musim tertentu.
Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan program yang mulia ini.
PS: Blog ini bukan blog politik. Cuma menyampaikan apa2 pandangan yang bersesuaian dengan jiwa saya terutama berkaitan komuniti dan kasih sayang sesama insan, tidak kira apa pegangan politik kita.
SEMOGA MALAYSIA AMAN TANPA SENGKETA...