Tentang Diri Ku




Kerana kasih sayang di antara dua insan dan kasih sayang yang Maha Esa, Maka pd 23 September 1966, saya dilahirkan di Perak dalam sebuah keluarga yang sederhana tp penuh dangan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi  walaupun saya kini bukan lagi bayi comel tetapi seorang wanita yang bergelar IBU kepada anak2 saya yang tercinta.

Saya dibesarkan di Felda Sg Nerek, Temerloh Pahang dan mendapat pendidikan awal di sana dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (1985-1990), dalam bidangComputer Programming”. Setelah tamat pengajian saya terus dapat peluang mngajar di Universiti Binary (Kuala Lumpur), dan kini saya menetap di Wangsa Maju Kuala Lumpur dan memulakan perniagaan sendiri....

Walaupun saya mendapat pendidikan dalam bidang komputer, tetapi setelah mengikuti Program Mengecapi Aspirasi Diri anjuran My kasih, saya berminat untuk mencuba dalam bidang perniagaan dan produk pertama keluaran saya ialah Acar Buah Sentuhan Kasih. Kenapa SENTUHAN KASIH ????? 

Dengan kasih sayang IBU dan Anak2 tercinta serta sokongan dr Yayasan MyKasih, dan dari resepi Ibu Tercinta, maka saya bersama2 anak-anak tercinta bergotong royong untuk menghasilkan Acar Buah Sentuhan Kasih. Dari proses pembuatan hingga proses pembungkusan, kami tak lupa mengamalkan Doa dan Zikir2 yang berkaitan kasih sayang drp Al Quran, dengan doa dan harapan agar kita semua sentiasa dilimpahi Rahmat Kasih Sayang yang melimpah ruah...

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga terutama kepada IBU dan Anak-anak saya yang tidak pernah putus asa memberi semangat dan sumbangan, yang sentiasa bersama saya walau di dalam suka  dan duka.  Tak lupa juga, kepada semua yang terlibat dalam usaha melahirkan Blog Sentuhan Kasih ini. Jasa kalian tak kan saya lupakan...